Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang, Puji-pujian bagi Allah Subhanahu wata'ala, selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad Sallaahu 'alaihi wasallam serta para sahabatnya.
Aku baru dapat message ini. Dan setelah diperiksa, ianya tidak mempunyai kebenaran sama sekali.
" siaran RTM di Negeri Pahang. tergempar ramai orang terdengar bunyi dentuman yang sangat kuat di susuli gempa bumi selama 3 minit, mungkin ini tanda2nya. kpd semua yg bergelar muslim,hari nie pakar meteorologi bhgn bunyi dr Rusia m'dapati sesuatu bunyi ganjil spt ngauman raksasa dr bwh mantel bumi. menurut para ulama kemungkinan besar itu ialah suara Dajjal y b'usaha utk naik ke muka bumi. oleh itu,kte disuruh sentiasa x berhenti azan dan solat,sebarkn kpd umat ISLAM yg lain. Amanah!! Wallahualam. KITA YANG MENENTUKAN DIRI KITA Jgn skip utk bace ni. Sebarkan kalu sayang pada islam8:35 AM "
Maybe niat ianya adalah baik, serupa dengan niat orang yang mengadakan hadis palsu mengenai kelebihan solat terawih, iaitu ingin membawa lebih ramai umat Islam untuk mendirikan solat.
Setelah diperiksa bawah message ini telah berlegar sejak 2 - 3 tahun sebelum ni. Dan masih tiada sebarang bukti yang boleh menyokong message tersebut.
Petang tadi baru sahaja dapat surat dari ASTRO, menyatakan kenaikkan harga subscription untuk pakej yang aku ambil. Sah aku pun dah lama tak mengikuti berita semasa.
Daripada RM59.95, kini menjadi RM71.95. takpelah.. aku pun bukan sangap pun nak tengok sukan. susah-susah aku just tukar pakej, pi buang pakej Astro ataupun jangan bayar terus astro... Setakat nak tgk BPL bleh lepak kat kedai makan.
Hmmm..
Takda Astro bukan bermakna dunia akan kiamat. Berbalik kepada asas. Rangkaian TV percuma. RTM, Media Prima pun dah cukup.
Bayangkan kalau semua pengguna astro mengambil keputusan untuk tidak menyambung bayar pakej astro... ketar gak lutut astro.
Whatever it is.... I'll be back to basic. No more Astro! Bye bye Astro!
Hari ini adalah World Environment Day. Dan pada pagi tadi sempat juga tengok dikumentari mengenai dunia kita yang mengalami beberapa masalah dari kerjatangan manusia sendiri