| Syak Wasangka |
|
|
| Saturday, 16 May 2009 | ||||||
|
Setiap manusia mempunyai kelemahan, kelemahan utama ialah berasa syak wasangka kepada seseorang yang lain. Apabila timbul syak wasangka ini, maka akan terlihat padanya bahawa orang lain adalah buruk melainkan dirinya sendiri dan membuatkan rasa ketidakpuasan hati mereka, menjadikan mereka berbuat keburukan dalam kerjanya dan dia tidak membuat pertimbangan lain. Sikap ingin tahu adalah penyelesaian terbaik untuk masalah ini. Siasat apa yang berlaku dan samada ianya benar atau tidak. Firman ALLAH, ”Jauhilah kebanyakan dari pasangka kerana sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah berdosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang” Sesungguhnya kita seharusnya tidak terus mempercayai 100% akan sesuatu berita mengenai seseorang sebelum menyiasatnya. Nabi bersabda, ”Waspadalah, jangan membiasakan salah anggap kepada orang lain. Ini adalah sifat penipuan yang paling buruk”. Baru baru ini, tahap setiakawan teman teman telah berubah kerana mendengar dari satu pihak tanpa mendengar atau menyiasat. Patutlah dari 3 minggu lepas semuanya berubah secara mendadak. Tak nak berjumpa, memaki aku, mengeji aku dan aku dilihat sebagai seorang yang jijik. Allah Masa Besar. Dan orang yang memulakan cerita ini sendiri pun tak berani nak bertemu, lari dari masalah, wajarkah orang ini dipercayai? Takpa. Ini satu lagi ujian dari ALLAH, diterima dengan redha dan tawakal sebab aku pasti kebenaran akan muncul juga. Ayoh! kalau berani mari bersemuka! (dah berkali cabaran dibuka, namun tidak disahuti) (*muhasabah buat diri yang penuh kudus ini juga..)
Only registered users can write comments!
Powered by !JoomlaComment 3.26
3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved." |
||||||
| < Prev |
|---|