|
Saturday, 25 July 2009 |
 Motivation Seandainya dunia yang ada ini bukan tempat cubaan, nescaya tidak akan ada padanya kesakitan dan kesusahan di dalam kehidupan.
Daripada al Faraj Ibn al Jauzi.
Dan Allah juga telah berfirman dalam surah Al-Baqarah: 155,
“Berilah berita gembira kepada orang orang yang sabar iaitu orang-orang yang ketika musibah mereka berkata: 'Sesungguhnya kita adalah milik ALLAH dan kepada-NYA kita kembali.'”
Ada enam santapan rohani yang diamalkan oleh Bazrajamhur al Hakim,
- Percaya sepenuh hati kepada ALLAH
- Insaf dan sedar bahawa setiap sesuatu yag ditakdirkan-NYA pasti akan terjadi
- Kesabaran adalah jalan terbaik menghadapi ujian
- Kesabaran membawa kepada ketenangan dalam menghadapi ujian
- Percaya jika tidak terjadinya musibah pada masa ini, mungkin musibah yg lebih buruk akan dialami pada hari mendatang.
- Setelah musibah berlaku, pasti akan ada kemudahan yang dikurniakan oleh ALLAH.
Enam santapan rohani ini mampu menjana pemantapan rohani, menjernihkan jiwa dan meningkatkan daya akan fikir.
Setiap apa yang berlaku, pasti ada jalan keluar yang akan ditunjukkan
oleh ALLAH s.w.t. Cuma harusnya kita jangan cepat putus asa dari rahmat
dan pertolongan ALLAH. Sesungguhnya pertolongan itu terlalu dekat jika
kita bersikap optimis.
Oleh itu kesabaran menjadi kunci utama dalam menghadapi cabaran dan
musibah. Nabi s.a.w bersabda:
'Seseorang itu tidak dikurniakan suatu
pemberian yang lebih baik dan lebih luas daripada sabar'
Dan Nabi s.a.w juga bersabda:
'Sesiapa yang ALLAH kehendaki kepadanya kebaikan, nescaya ALLAH mengujinya'
Yakinlah bahawa setiap yang berlaku adalah satu rahsia ALLAH. Percaya
dan yakin bahawa ALLAH sentiasa memerhatikan kita dan menyayangi kita.
Wallahualam...
carikan daripada HMetro 240709: Penulis: Wan Mohd Ruzlan Wan Omar.
|