| Open Source Conference day 3 |
|
|
| Wednesday, 03 June 2009 | ||||||
|
OSCONF Masih ada juga yang keliru mengenai JomSocial dan Joomla. Mereka ingat Jomsocial adalah sebuah lagi software yang seperti Joomla. Jomsocial adalah sebuah komponen untuk Joomla. Jika tiada Joomla, mana mungkin ada jomsocial. Jomsocial adalah satu komponen yang menarik. Saya menggunakan Community Builder untuk laman web DreamsChaser dan juga Twendeline. Community Builder adalah percuma manakala Jomsocial adalah komponen berbayar. Sempena OSCONF ini, Jomsocial memberi diskaun sebanyak 50%. WOW! Dapatkan segera! Sempat juga tadi petang menyelit dalam satu conference, yang bertajuk "Enterprise 2.0 - How Business and Goverment should take advantage" Para panel adalah Azrul, daripada Jomsocial, Abd. Mansur daripada Sun Microsystem dan Nasrul Amri, penulis buku Rahsia Pemasaran Facebook. Topik yang menarik, presentasi yang hambar kecuali presentasi Azrul yang hampir kepada tajuk. Mungkin disebabkan masa yang agak terhad. Wallahualam. Insya-allah nanti akan saya updatekan mengenai Enterprise 2.0.
Only registered users can write comments!
Powered by !JoomlaComment 3.26
3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved." |
||||||
| < Prev | Next > |
|---|