| Open Source Conference day 2 |
|
|
| Monday, 01 June 2009 | ||||||
|
OSCONF Satu hari Open Sorce Conference sudah berlalu. Penat juga rasanya tetapi dirasai apabila telah selesai. Hari kedua OSCONF boleh dikatakan ok jugalah. Walaupun tidak seramai conference yang lain lain. Mungkin disebabkan perkataan open source. Cuba kalau diintegratekan nama open source menjadi open money source! Sure ramai yang berduyun duyun datang untuk mengetahui apa bendanya maksud open money source. Still, masih ada pasaran yang besar untuk sistem open source untuk diperkenalkan kepada masyarakat Malaysia amnya. Sebab duit adalah motivasi utama dalam kehidupan manusia. Sesuatu yang anda tidak boleh sangkal. Ramai yang menganggap bahawa system open source tidak boleh menghasilkan wang. Sebenarnya mereka telah silap. Memang secara realitinya sistem open source tidak boleh dijual. Sepertimana Joomla. Ianya telah tertakluk dalam GNU/GPL license. Tetapi anda harus juga ingat bahawa sistem adalah sistem. Ia tetap masih memerlukan satu otak yang berkuasa untuk menggerakkannya… iaitu manusia. Ramai orang telah tersalah anggap bahawa apabila sesuatu benda itu dihasilkan dari open source, maka kesemua perkara yang lain juga perlu percuma. Tiada benda yang totally percuma didalam dunia ini. Sempat juga ada sorang Mat Salleh bertanya, kalau joomla ini free kenapa twendeline nak mengenakan caj? Memang joomla ini free, anda boleh download dari main page joomla.org. Harus anda sedari dan perhatikan, tidak semua orang ada skill untuk bermain dengan ftp, cpanel dan lain lain. Pendek kata masih akan ada orang yang memerlukan khidmat anda untuk nasihat dan consultation. Twendeline mengenakan caj dari segi design, hosting, domain name, integration of component dan modules, video tutorial dan juga support selama 1 tahun. 520… berbaloi-baloi. Sekali lagi, saya mengucapkan kepada team joomla.my untuk memberi peluang kami untuk mempromosikan twendeline kepada lebih ramai orang.
Only registered users can write comments!
Powered by !JoomlaComment 3.26
3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved." |
||||||
| < Prev | Next > |
|---|