| Donald Trump buat MLM? |
|
|
| Sunday, 14 June 2009 | ||||||
|
Berita terbaru nih!
![]() Trump Donald Trump telah merangka untuk memulakan perniagaan MLM beliau sendiri? Adakah ini berita baik atau berita yang kurang baik ataupun berita buruk? Aku pasti ramai orang yang tutup minda mengenai MLM akan menggelabah kerana kenapa seorang Billionaire Real Estate nak buat MLM? Adakah MLM Trump akan berjaya? Adakah mereka yang tertutup minda mengenai MLM akan membuka minda dan terjun tanpa sebarang usul periksa? Di US sendiri sahaja ramai yang menentang MLM mendaftarkan diri mereka untuk menyertai MLM Trump ini. Adakah ini hype yang akan berkekalan atau hanya sekejap sahaja? Berita BaikSecara tidak langsung ini akan membuka mata mereka yang diluar sana yang menentang MLM. Mereka akan tersentak mengapa seorang billionaire seperti Trump nak buka syarikat MLM? Dia bukan membina sebuah bangunan untuk syarikat MLM ye. Trump mengambil alih sebuah syarikat MLM yang bernama Ideal Health, sebuah syarikat MLM yang tidak dapat berkembang, mungkin disebabkan produknya. Produknya ialah mereka menyediakan makanan kesihatan bergantung kepada hasil ujian air kencing..... anda tidak salah mendengar... Hasil daripada ujian air kencing. Berita BurukDalam dunia MLM, bukan nama dan status seseorang yang menentukan sesebuah syarikat akan berjaya atau tidak. Ini telah terbukti pada tahun 2001, Zig Ziglar telah memulakan sebuah syarikat MLM beliau sendiri, tetapi tidak berjaya dan pada tahun 2002 ianya telah diambil alih oleh syarikat lain. Bidang Trump adalah dalam bidang hartanah, MLM ada sebuah bidang yang lain. Anda tidak boleh membeli sebuah MLM yang tiada momentum, me'renovate'kannya dan membuatkannya mendatangkan keuntungan. SummaryBanyak gak yang dapat aku korek dari pakcik google mengenai Trump. Tepuk dada tanya selera. Pada pendapat aku, kejayaan MLM bukan berdasarkan nama dan status empunyanya. Setiap perkara ada risikonya, mungkin ianya akan berjaya atau mungkin tidak! Wallahualam.
Only registered users can write comments!
Powered by !JoomlaComment 3.26
3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved." |
||||||
| < Prev | Next > |
|---|