Ada banyak lagi yang perlu di improve oleh penganjur mengenai program OSCONF ini. Secara teknikalnya, ini adalah conference yang pertama seumpamanya diadakan di Malaysia. Ada beberapa perkara yang perlu ditambah baik untuk memastikan kualiti yang lebih baik samada dari booth dan juga speaker. (Maaf sebab aku mungkin tidak dapat hadir semua seminar yang diadakan)
Aku masih berpendapat bahawa masa selama 45 minit sebenarnya tidak cukup untuk menerangkan dengan lebih detail tentang apa yang sedang cuba diutarakan oleh speaker. Bayangkan kalau 45 minit bahagi 3 / 4 orang speaker, lebih kurang 10 - 15 minit untuk mereka menghuraikan topik-topik yang berkenaan.
Mulai pada hari ini, saya akan mula kembali membaca buku, 1 bab sehari. Dah lama juga saya tidak menelaah buku. Saya suka membaca buku dari genre self development. Ada banyak juga buku mengenai self help yang boleh kita download dari internet. Tetapi tak semua sempat dibaca.
So, mulai pada hari ini, saya akan dedicate'kan satu masa untuk membaca buku, satu bab sehari. Kita akan mula dengan satu buku yang bertajuk The Amazing Power of Doa.
Ini adalah experience saya sebagai seorang ayah. Anak saya yang pertama, Danish Hayqal memang suka bertanya, sampai kering air liur nak menjawabnya, tapi saya akan selalu menjawab sebarang persoalan samada ianya logik ataupun tidak.
Satu hari dia meminta untuk mengajarkannya Bahasa Cina. Alamak! Bahasa Cina! yang saya tahu hanyalah ni hau ma iaitu apa khabar.
Hayqal: Ayah! abang nak belajar bahasa cina, boleh tak ayah ajar?
Saya: Boleh, Jap ayah fiir nak ajar apa (macam tahu bahasa cina!)
Hayqal: OK! Cepat yah! Abang tak sabar nak belajar ni!
Hari ini selesai sudah hari ke3 OSCONF. Agak ramai juga dan ada kelibat student-student UITM datang melawat OSCONF. Hari agak ramai sedikit, dan badan badan kerajaan juga kelihatan berlegar legar disekeliling.
Masih ada juga yang keliru mengenai JomSocial dan Joomla. Mereka ingat Jomsocial adalah sebuah lagi software yang seperti Joomla. Jomsocial adalah sebuah komponen untuk Joomla. Jika tiada Joomla, mana mungkin ada jomsocial.
Jomsocial adalah satu komponen yang menarik. Saya menggunakan Community Builder untuk laman web DreamsChaser dan juga Twendeline. Community Builder adalah percuma manakala Jomsocial adalah komponen berbayar. Sempena OSCONF ini, Jomsocial memberi diskaun sebanyak 50%. WOW! Dapatkan segera!