Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang, Puji-pujian bagi
Allah Subhanahu wata'ala, selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi
Muhammad Sallaahu 'alaihi wasallam serta para sahabatnya.
Untuk renungan diri sendiri dan juga kepada mereka yang dirahmati oleh ALLAH.
diambil dari Mingguan malaysia, 3 Jun 2007.
Bersama: MOHD. YUSOF ABAS
Bagaimana solat dengan khusyuk?
Soalan:
Saya selalu melakukan solat tetapi masih tidak dapat merasai
kekhusyukan dan tidak hadir dalam hati ketika solat. Bagaimana cara dan
teknik sembahyang untuk mendapat khusyuk dalam solat kita?
– Saadiah Mohd, Taiping.
Jawapan:
Mula-mula sekali kefahaman dan paradigma kita tentang solat itu sendiri
perlu diperbetulkan. Ini adalah kerana solat itu sendiri adalah
ketenangan yang maha agung seperti firman-Nya bermaksud: Mengingati
Allah s.w.t. adalah ketenteraman yang paling agung (dari
segala-galanya) (Surah al-Ankabut ayat 45). Dan firman-Nya lagi
bermaksud: ketahuilah dengan mengingati Allah s.w.t. itu akan
tenteramlah segala hati dan jiwa (ar-Ra‘du ayat 28).
Ini kerana
ianya adalah ibadat yang paling utama dan lengkap dan banyak
mengandungi pengajaran yang dapat membentuk peribadi muslim yang unggul
(mempunyai minda kelas pertama) dan berakhlak mulia serta ikhlas
terhadap Allah dalam setiap keadaan seolah-olah ia berhadapan dengan
Allah. Sekiranya intisari dari ibadat solat ini dapat diterapkan dalam
fahaman kita atau diterjemahkan dalam kehidupan masing-masing pastilah
solat itu akan lebih bermakna, berkesan dan dapat melahirkan insan yang
benar-benar patuh kepada ajaran Islam yang maha suci.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang, Puji-pujian bagi
Allah Subhanahu wata'ala, selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi
Muhammad Sallaahu 'alaihi wasallam serta para sahabatnya.
Disini saya sertakan pembelajaran ayatul kursi untuk diri saya sendiri mengamalkannya dan orang lain.
1. Allaahu laa ilaaha illaa huwal hayyul qayyuumu
2. laa takkhudzuhuu sinatuwwa laa nauum
3. lahuu maa fis samaawaati wa maa fil ardli
4. man dzal ladzii yasyfa'u 'indahuu illaa bi idznih
5. ya'lamu maa baina aidiihim wa maa khalfahum
6. wa laa yuhiithuuna bi syai im min 'ilmihi illaa bi maa syaa a
7. wasi'a kursiyyuhussamaawaati wal ardli
8. wa laa yauuduhuu hifdzuhumaa
9. wa huwal 'aliyyul 'adziim
Maksudnya:
'Allah tidak ada Tuhan melainkan Dia Yang Hidup Kekal dan terus meners mengurus (makhluk Nya), tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan Nya apa yang ada di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin Nya? Allah mengetahui apa yang ada dihadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Bsar"
(Surah Al Baqarah 255)
Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang, Puji-pujian bagi
Allah Subhanahu wata'ala, selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi
Muhammad Sallaahu 'alaihi wasallam serta para sahabatnya.
Disini saya mengumpulan siri sifat solat nabi yang boleh dipraktikkan dalam kehidupan seharian agar mendapat keberkatan dan rahmat dari Yang Maha Esa, ALLAH Taala.
Terdapat 9 siri yang saya temui di youtube dan wajar kiranya saya berkongsi akan ilmu ini. Insya-Allah kita mendapat perlindungan dari ALLAH s.w.t.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang, Puji-pujian bagi Allah Subhanahu wata'ala, selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad Sallaahu 'alaihi wasallam serta para sahabatnya.
Aku baru dapat message ini. Dan setelah diperiksa, ianya tidak mempunyai kebenaran sama sekali.
" siaran RTM di Negeri Pahang. tergempar ramai orang terdengar bunyi dentuman yang sangat kuat di susuli gempa bumi selama 3 minit, mungkin ini tanda2nya. kpd semua yg bergelar muslim,hari nie pakar meteorologi bhgn bunyi dr Rusia m'dapati sesuatu bunyi ganjil spt ngauman raksasa dr bwh mantel bumi. menurut para ulama kemungkinan besar itu ialah suara Dajjal y b'usaha utk naik ke muka bumi. oleh itu,kte disuruh sentiasa x berhenti azan dan solat,sebarkn kpd umat ISLAM yg lain. Amanah!! Wallahualam. KITA YANG MENENTUKAN DIRI KITA Jgn skip utk bace ni. Sebarkan kalu sayang pada islam8:35 AM "
Maybe niat ianya adalah baik, serupa dengan niat orang yang mengadakan hadis palsu mengenai kelebihan solat terawih, iaitu ingin membawa lebih ramai umat Islam untuk mendirikan solat.
Setelah diperiksa bawah message ini telah berlegar sejak 2 - 3 tahun sebelum ni. Dan masih tiada sebarang bukti yang boleh menyokong message tersebut.
Kenapa Perlu Berusaha Sedangkan Semuanya Telah Ditentukan?
Thursday, 27 August 2009
Peringatan buat diri sendiri.
Kenapa perlu susah-payah jika semuanya telah pun ditakdirkan? Kenapa harus kecewa sebelum bertemu gembira? Kenapa si dia tidak datang begitu sahaja?
Begitu juga para sahabat nabi, mereka pernah bertanyakan soalan yang hampir sama lebih 1400 tahun yang lalu.
Menurut Ali Abi Talib, pada suatu hari ketika para sahabat sedang menghadiri satu pengkebumian, Rasulullah datang dan duduk berhampiran. Para sahabat kemudian duduk mengelilinginya. Beliau menggenggam sebatang kayu kecil sambil menggores-gores tanah. Rasulullah kemudian bersabda, “Setiap daripada kamu yang diciptakan telah pun ditentukan neraka atau syurganya.” Bertanya salah seorang sahabat, “Kalau demikian, apa perlunya kita beramal ya Rasulullah?”
Mendengar sedemikan, Rasulullah bersabda lagi, “Beramallah, setiap orang akan dipermudahkan oleh Allah kepada jalan yang telah ditetapkan oleh-Nya.” Kemudian beliau membaca surah Al-Lail ayat 5 hingga 10” [1]
Di dalam surah Al-Lail ayat 5 hingga 10, Allah telah berfirman, “Adapun orang yang memberikan (menafkahkan hartanya) apa yang ada padanya ke jalan kebaikkan dan bertakwa (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya). Dan dia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik. Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan (syurga). Sebaliknya orang yang bakhil (daripada berbuat kebaikkan) dan berasa cukup dengan kekayaan dan kemewahannya. Dan dia mendustakan perkara yang baik. Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan. ”
Begitulah penjelasan nabi ke atas pengertian takdir dan amalan manusia. Beliau tidak menyuruh para sahabat mempersoalkan ketentuan tuhan, sebaliknya menyuruh mereka memberi fokus kepada usaha dan amalan semata-mata.
Firman Allah di dalam Surah Al-Mulk ayat 2, “Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya;”
Hidup ini adalah untuk berusaha dan beramal, bukan untuk mempersoalkan takdir. Jangan ditanya, “kenapa perlu mencari si dia sedangkan si dia telah pun ditentukan” sebaliknya tanyalah diri sendiri “apakah usaha yang telah dicurahkan di dalam perjalanan mencari si dia.”
Have you ever have a problem of locating things that you save on notepad.Here come the rescue! Evernote!
Evernote is available in many forms; there is an online version, a downloadable desktop version for Macs and PCs and an iPhone or iPod touch version, which is the one we looked at. For this review, we tried to concentrate on the features of the program tied specifically to an iPhone not logged in to the online version.
Basically this is a note-taking and organizing tool. You can save text, snapshot, saved photo and voice notes. Each “note” can have information tied to it such as the notebook name, date updated and created, tags for easy searching later and location. What we couldn’t figure out was how to create different “notebooks” or note lists. For example, you may want one set of notes to help you buy a house and a different list for travel information. It appears that the online or Windows version is capable of this but we couldn’t figure out how to get the mobile version to do it. One of the other useful tools available in this app is the “favorites” tool, this can save specific notes and can make them available even offline.